INi adalah cubaan untuk mengaktifkan blog ini.
Cari Blog Ini
Jumaat, 30 Oktober 2015
Khamis, 15 Disember 2011
Gambar-gambar di PLPT (temporary post)
San Tai Wong aka Lori Hantu
Backhoe
Logfisher
Logfisher in action
Logfisher in action 2
Apa nama jentera ini?
Ahad, 13 November 2011
Khamis, 27 Oktober 2011
Bunga Tiga Bulan - Hydragea sp.
Nama Saintifik: Hydragea sp.
Nama Tempatan: Bunga Tiga Bulan
Pokok bunga tiga bulan ini adalah dari famili Hydrageaceae yang dipercayai berasal dari negara-negara Asia Timur seperti Jepun, China dan Korea. Pokok ini mempunyai pelbagai spesies antaranya H. macrophylla dan H. paniculata yang popular ditanam sebagai tumbuhan landskap.
Pokok renek ini diketogerikan sebagai tumbuhan perennial dengan herbaceous stems biasanya tumbuh setinggi 1-3 m. Pokok ini berdaun ringkas (simple leaf) dengan susunan daun secara berlawanan (alternate), bentuk ovate, 7-20 cm panjang, dengan tepi bergigi kasar (serate) dan hujungnya runcing (acute).
Bunganya boleh berwarna putih, atau dalam julat biru ke ungu ke merah muda bergantung kepada pH tanah; Dalam tanah yang lebih berasid bunganya akan berwarna biru, manakala tanah beralkali akan menghasilkan bunga merah muda. Jenis bunga putih tidak bertukar warna. [...]
Rabu, 26 Oktober 2011
Pokok Sepit Udang - Heliconia sp.
Nama Saintifi: Heliconia sp.
Nama Tempatan: Pokok Sepit Udang
Tumbuhan ini dikelaskan sebagai angiosperma yang merupakan sejenis pokok hiasan yang sering ditanam di halaman sebagai pokok hiasan. Bagaimanapun pokok ini yang rimbun agak menyemak sekiranya tidak dijaga dengan baik. Heliconia adalah genus kepada sekitar 100 hingga 200 spesies tumbuhan berbunga asal di Afrika tropika dan kepulauan Lautan Pasifik barat ke Indonesia.
Ia adalah genus tunggal famili Heliconiacae, tetapi dahulunya dimasukkan di bawah famili Musaceae. Nama Inggeris genusnya termasuk ialah lobster claw, wild plantain dan false bird of paradise, yang disebabkan rupanya yang menyerupai bunga burung cenderawasih. Ia mempunyai bunga yang cantik dengan warna yang menarik, tetapi tidak mempunyai bau.
Daunnya sepanjang 15-300 cm, linear (lonjong) dengan margin entire (licin), alternate (tumbuh berlawanan) pada batang tidak berkayu (herbaceous stem) yang biasanya lebih panjang berbanding daunnya, seringkali membentuk rimbunan apabila tua. Bunga yang dihasilkan pada tangkai yang tegak atau melendut, terdiri daripada pelindung berlilin bewarna terang (bract), dengan bunga sebenar mengintai keluar dari celah pelindung(bract).
Heliconia merupakan sumber makanan penting kepada kelicap hutan, terutamanya (hermit (hummingbird)) dan sesetengah daripadanya, seperti Rufous-breasted Hermit, turut menjadikannya sebagai tumbuhan bagi bersarang.[...]
Sabtu, 29 Januari 2011
Setawar Hutan - Costus sp.
Nama Saintifik: Costus speciosus
Nama Tempatan: Setawar Hutan
Setawar Hutan tiada kaitan dengan pokok setawar (Cyrtandromoea grandis) [...]
Selasa, 25 Januari 2011
Bunga Kantan - Etlingera eliator
Nama Tempatan: Bunga Kantan
Nama Saintifik: Etlingera eliator
Bunga kantan adalah pokok herba saka dari Famili Halia (Zingiberaceae) tumbuh subur di kawasan berhampiran air seperti paya dan sungai. [...]
Langgan:
Catatan (Atom)