Nama Saintifi: Heliconia sp.
Nama Tempatan: Pokok Sepit Udang
Tumbuhan ini dikelaskan sebagai angiosperma yang merupakan sejenis pokok hiasan yang sering ditanam di halaman sebagai pokok hiasan. Bagaimanapun pokok ini yang rimbun agak menyemak sekiranya tidak dijaga dengan baik. Heliconia adalah genus kepada sekitar 100 hingga 200 spesies tumbuhan berbunga asal di Afrika tropika dan kepulauan Lautan Pasifik barat ke Indonesia.
Ia adalah genus tunggal famili Heliconiacae, tetapi dahulunya dimasukkan di bawah famili Musaceae. Nama Inggeris genusnya termasuk ialah lobster claw, wild plantain dan false bird of paradise, yang disebabkan rupanya yang menyerupai bunga burung cenderawasih. Ia mempunyai bunga yang cantik dengan warna yang menarik, tetapi tidak mempunyai bau.
Daunnya sepanjang 15-300 cm, linear (lonjong) dengan margin entire (licin), alternate (tumbuh berlawanan) pada batang tidak berkayu (herbaceous stem) yang biasanya lebih panjang berbanding daunnya, seringkali membentuk rimbunan apabila tua. Bunga yang dihasilkan pada tangkai yang tegak atau melendut, terdiri daripada pelindung berlilin bewarna terang (bract), dengan bunga sebenar mengintai keluar dari celah pelindung(bract).
Heliconia merupakan sumber makanan penting kepada kelicap hutan, terutamanya (hermit (hummingbird)) dan sesetengah daripadanya, seperti Rufous-breasted Hermit, turut menjadikannya sebagai tumbuhan bagi bersarang.[...]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan