Nama Saintifik: Hydragea sp.
Nama Tempatan: Bunga Tiga Bulan
Pokok bunga tiga bulan ini adalah dari famili Hydrageaceae yang dipercayai berasal dari negara-negara Asia Timur seperti Jepun, China dan Korea. Pokok ini mempunyai pelbagai spesies antaranya H. macrophylla dan H. paniculata yang popular ditanam sebagai tumbuhan landskap.
Pokok renek ini diketogerikan sebagai tumbuhan perennial dengan herbaceous stems biasanya tumbuh setinggi 1-3 m. Pokok ini berdaun ringkas (simple leaf) dengan susunan daun secara berlawanan (alternate), bentuk ovate, 7-20 cm panjang, dengan tepi bergigi kasar (serate) dan hujungnya runcing (acute).
Bunganya boleh berwarna putih, atau dalam julat biru ke ungu ke merah muda bergantung kepada pH tanah; Dalam tanah yang lebih berasid bunganya akan berwarna biru, manakala tanah beralkali akan menghasilkan bunga merah muda. Jenis bunga putih tidak bertukar warna. [...]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan